Hi Assalamualaikum semua !
Hari ini sis nak cerita tentang satu produk jagaan wajah. (formalnya ayat sis !) untuk gadis - gadis kat luar sana yang tercari - cari produk untuk putihkan muka,
yang penting, SELAMAT & BUKAN PRODUK TIMBANG KILO !
sis dah consume produk ni lama dah, almost 1 year juga kan,
sis ni setia, sebab tu tak beralih arah. HAHA
produknya ialah :
jeng jeng jeng... !
AVON 360 ANEW FAIRNESS
mesti pelik kan ? eh.. eh.. dah lama tak dengar tentang AVON ni,
okay, first let me share,
masa produk ni launch lagi kan, sis dah beli. sebelum ni produk dia lain. kulit sis ni tak ada lah gelap sangat, x ada lah putih mana. standard kulit marhaen rakyat Malaysia.
Apa yang sis suka tentang produk Anew Fairness ni, yang pertama, dia selamat digunakan, kedua bukan produk timbang kilo, ketiga bahan merkuri tak ada, yang ke empat lebih meyakinkan sis nak guna ialah ia tidak menghakis kulit muka sis yang gebu gebas ni.
kesan penggunaan produk ni boleh tengok dalam 2 ke 3 minggu selepas penggunaan. tak ada lah cepat bebenor kan. tapi sis suka sangat. lepas sis guna produk ni kan, ramai je kawan - kawan sis tanya. muka nampak lain, makin cerah & berseri. time tu semua organ dalam badan ni rasa kembang kuncup bila kena puji.
produk ni tak adalah mahal sangat dan tak adalah murah bebenor. range harga cleanser dalam RM 20, day and night cream dalam RM 45 sebotol,
serum mahal sikit dalam RM60. tapi kan, dengan harga ni boleh tahan sehingga lebih 3 bulan dengan cara penggunaan harian. kira okay la kan ? within bajet kita semua kan. berbelanja sikit untuk muka sekali sekala. muka ni aset perempuan kan.
sis gunakan semua rangkaian produk ni, meh sis cerita kelebihan setiap rangkaian produk ni ok dan cara penggunaannya :
1. cleanser : untuk menanggalkan kotoran dan sisa make up dari wajah.
kalau yang ada berus muka tu lagi bagus, buat double cleansing ! kulit pun mulusss !
2. toner : haaaa.. menda alah ni ramai tak guna kan ? tapi percaya lah ! ia sangat penting. sebab apa ? toner ni adalah agen penyegar yang menghidrat dan melegakan kulit muka serta merta ! tak caya cuba guna. lagi 1, yang ramai orang tak tahu, penggunaan toner ni adalah dapat membantu mengecilkan liang - liang pori wajah tau. sebab dia membantu membersihkan kotoran celah2 pori muka tu.
3. serum : serum.. setiap serum ni ada banyak kelebihan tau. korang guna serum tu kan, untuk apa ? serum anew fairness ni, dia bantu kulit muka kita mencerah, berseri & lebih mulus & tak membunuh atau mengurangkan melanin muka kita. so, kulit muka kita akan terus anjal. toink ! toink ! serum ni boleh pakai siang dan malam sebelum pakai cream ok !
4. Day & Night Cream :
Day cream : untuk menghalang sinaran UV masuk ke kulit kita bila kena cahaya matahari & lampu lampu kan.
Night Cream ni best pakai... lepas pakai serum, pakai laa night cream. dia membantu membaiki kulit kita yang terdedah dengan sinaran matahari di siang hari. lagi satu, sebagai pelembab muka. biar muka kita tampak berseri & bertenaga setiap hari.
haaa. ada lagi 1 yang sis suka guna tentang Anew Fairness ni dia ada,
15 in 1 CC Cream. pakai ni sebelum tepek compact powder ! kesan dia. pergghhh... kengkawan opis korang comfirm cakap korang lain maciammm harini sebab berseri. tak payah susah payah tepek foundation sedozen lagi kat muka.
try tau. ni gambo cc cream dia. mahal sikit tapi not bad. dia buatkan muka kita lebih cantik plus ada kelebihan juga tau. 15 kelebihan dalam 1 produk. ko ghase ? harga RM 60. tak cuba tak tahu la kan. ni ada kelebihan dia tulis kat gambo hasil sis google. penat nak taip pepanjang.
so, cuba lah.
last but not least. sis bagi link laman web Avon & kalau tak pun korang boleh je pergi butik Avon yang berdekatan dengan rumah & opis korang kerja tu.
eh. ada lagi page FB korang boleh tanya, admin page ni peramah juga. korang boleh tanya lah apa korang nak tahu pasal produk AVON kat dia ok.
okay lah, untuk hari ni, jumpa lagi next entry k.
kalau tak silap sis, brochure AVON 1 March nanti ada offer produk anew fairness ni. jangan lupa GRAB barang baik, harga best !
dadaaaa.....
XOXO,
SIGINCUMERAH
Comments
Post a Comment